Shaklee

Shaklee

Tuesday, November 4, 2014

Sakitnya Sendi!

 


Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.


Punca Sakit Sendi

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

 

Tips penjagaan kesihatan sendi

  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Set Kesihatan Sendi Shaklee

Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplement iaitu, Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan OsteMatrix.


Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!
Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, sakit lutut, sendi dan tulang anda akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak.




No comments:

Post a Comment