Shaklee

Shaklee

Thursday, November 27, 2014

Herbal Blend Multi Purpose Cream

° Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

° Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak.

° Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

Tumbuh-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu sahaja ianya banyak kegunaan lain misalnya horse chestnut digunakan untuk menghilangkan dark circle bawah mata. Rosemary pula dijadikan minyak dan ditambah dalam masakan.

Kami sekeluarga memang menggunakan Herbal Blend tambahan pula kulit anak agak sensitif iaitu cepat beruam apabila berpeluh. Luka kecil, calar dan gigitan serangga juga kami gunakan krim ini. Sebelum tidur memang saya lumurkan pada badan anak supaya kurang digigit nyamuk. Suami juga gemarkan Herbal Blend kerana beliau sering bekerja di site. Jadi badan sering gatal-gatal disebabkan peluh. Jadi setiap kali bertugas diluar pejabat memang beliau pastikan Herbal Blend ada didalam beg.

Keistimewaan Herbal Blend ini ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang paling utama tiada bahan kimia! Kebanyakan krim dan losyen yang ada dipasaran mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.
Bertukarlah kepada Herbal Blend sebelum merisikokan keluarga kita dengan karsinogen (penyebab kanser).


No comments:

Post a Comment