° Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
° Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak.
° Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.
Tumbuh-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu sahaja ianya banyak kegunaan lain misalnya horse chestnut digunakan untuk menghilangkan dark circle bawah mata. Rosemary pula dijadikan minyak dan ditambah dalam masakan.
Kami sekeluarga memang menggunakan Herbal Blend tambahan pula kulit anak agak sensitif iaitu cepat beruam apabila berpeluh. Luka kecil, calar dan gigitan serangga juga kami gunakan krim ini. Sebelum tidur memang saya lumurkan pada badan anak supaya kurang digigit nyamuk. Suami juga gemarkan Herbal Blend kerana beliau sering bekerja di site. Jadi badan sering gatal-gatal disebabkan peluh. Jadi setiap kali bertugas diluar pejabat memang beliau pastikan Herbal Blend ada didalam beg.
Keistimewaan Herbal Blend ini ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang paling utama tiada bahan kimia! Kebanyakan krim dan losyen yang ada dipasaran mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.
Bertukarlah kepada Herbal Blend sebelum merisikokan keluarga kita dengan karsinogen (penyebab kanser).
Happiness keeps you sweet. Trials keep you strong. Sorrow keeps you human. Failure keep you humble. And courage keeps you going.
Shaklee
Thursday, November 27, 2014
Wednesday, November 26, 2014
Rasa Mual, Loya?
Trimester satu biasalah tekak tak sedap. Makan minum semuanya terasa payau selepas tu. Sampai dah tak tau nak makan apa. Asam saya masa tu cuma Chewable Vita-C. Memang standby dalam beg. Sambil anak makan maknya pun join sekaki. Saya suka Chewable Vita-C sebabnya tiada gula. Bila umur dah lanjut ni risau juga gula naik time preggy. So semua pengambilan gula perlulah dikawal dengan baik. Alhamdulillah setakat hari ini semuanya terkawal. Berat badan juga terkawal. Ikut nafsu memang semua teringin.
Ni dia teman saya
Pentingnya Vitamin Semasa Hamil
Sejak hari pertama saya mengetahui saya hamil saya terus consume 4 items ini. Kenapa 4 items ni penting?
ESP
- Sumber protein dan asid amino untuk ibu dan anak
- Badan lebih cergas dan bertenaga
- Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil
- Rasa kenyang lebih lama
- Meningkatkan metabolisme badan
- Membantu meninggikan tahap kolesterol baik dan baik untuk kesihatan jantung
- Membantu vitamin dari makanan dan supplemen diserap dengan lebih baik
- Membantu mengurangkan loya atau angin
VITALEA
- Adalah multivitamin yang membantu melengkapkan kekurangan nutrien ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi
- Ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil
B-COMPLEX
- Mengandungi tambahan asid folik yang sesuai untuk ibu mengandung
- Asid folik adalah sangat penting untuk mencegah kecacatan pada bayi
- Ia juga membantu ibu mengandung untuk lebih bertenaga dan mengurangkan tekanan perasaan ketika mengandung
VITA-C
- Membantu mengaktifkan asid folik dan meningkatkan kadar penyerapan zat besi buat ibu mengandung
- Ia juga membantu meningkatkan antibodi ibu mengandung supaya tidak mudah jatuh sakit kerana wanita akan mengalami penurunan antibodi ketika mengandung

Tuesday, November 25, 2014
Ikhtiar Hamil dengan Shaklee
Cerita ni dah agak basi sebab saya pun dah 21 weeks minggu ni. Tapi minggu ni saya rasa nak bercerita tentang ini. Memang ramai yang tak tahu saya preggy kali ni kecuali teman2 rapat. Sepupu sepapat pun masih belum tahu. Bukan niat nak menyembunyikan tapi saja nak suprise. Hehe..
Sebenarnya saya dah usaha macam-macam sebelum ini. Urut, jumpa pakar dan sebagainya..tapi mungkin masa itu rezeki belum berpihak pada kami. Saya cuba set slimming Shaklee untuk turunkan berat badan. Ada orang kata kalau badan berisi susah nak lekat. So saya amalkan Omegaguard, Lecithin dan Alfalfa. Konsisten beberapa bulan saya dapat turunkan 8kg. Semasa promo ESP pada bulan April yang lalu saya mula mengambil ESP dan GLA Complex. Selepas mulakan ESP dan GLA Complex saya ada terbaca satu artikel tentang Vita E Complex boleh menurunkan paras hormon prolaktin dalam badan.
Sebelum preggy anak pertama saya pernah mencuba selama 1 tahun 10 bulan sebelum saya disahkan mengandung. Sebelum itu saya kerap berjumpa pakar untuk mengambil hormon kesuburan. Masa tu doktor pakar mengambil darah saya kerana walaupun dah mengambil pil kesuburan saya tetap belum mengandung. Selepas result darah keluar doktor mengesahkan saya mengalami hormon prolaktin yang tinggi dalam badan yang membuatkan saya susah nak mengandung.
Selepas itu doktor memberi saya Bromocriptin untuk menurunkan paras hormon proklaktin. Selepas itu baru saya mengandung. Alhamdulillah.. Saya ingatkan hormon tu dah stabil tapi selepas saya melahirkan anak, saya cuba untuk mengandung lagi tapi tak berjaya. Saya jumpa semula pakar dan mengambil semula Bromocriptin tapi badan saya tak boleh terima. Saya kena mabuk yang teruk sampai saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil Bromocriptin.
Sehinggalah saya berkenalan dengan Shaklee. Saya terus jatuh cinta dengan produk-produknya. Selepas saya baca artikel tentang Vita E Complex yang berfungsi sama seperti Bromocriptin saya terus mencuba. Alhamdulillah setelah 6 1/2 tahun mencuba saya berjaya hamil.
Nak tahu cara makan untuk yang tinggi hormon prolaktin boleh hubungi saya di :
Whatsapp / SMS - 0172126698
Email - aidahisham@gmail.com
Ini result UPT pertama pada 31 Jul 2014
Menggigil tak tau nak rasa apa. Nak kata happy tak la sampai tahap nak melompat tapi more to tak percaya! Rezeki Syawal sungguh. Alhamdulillah..
Ini result subuh Jumaat 1 August 2014. Test kedua dibuat sebab masih kurang percaya sebab line ke dua agak kabur. :)
Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk saya hamil lagi. Anak sulung adalah insan yang paling gembira kerana pada Ramadhan lalu dia asik sebut nak berdoa semoga dia dikurniakan adik. Hari-hari dia mengingatkan kami suami isteri suruh berdoa setiap kali lepas solat. Siap tanya babysitter dia tentang doa pada bulan Ramadhan Allah akan kabulkan cepat kan?
Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami sekeluarga. Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin..
Kita hanya berusaha dan berikhtiar.. segalanya ditentukan oleh Allah swt..

Wednesday, November 19, 2014
Impian Mak VS Impian Anak
Semua orang punya impian. Tipulah kalau cakap takde impian. Berangan tak salah. Mana tahu satu hari jadi kenyataan.
Biasanya bila dah bergelar ibu ni banyak memenuhi impian anak. Jadinya impian mamanya dah jatuh no. 2. Semuanya untuk anak.
Impian ibu ni biasalah.. Bila dah ada anak impian nak jadi suri rumah mendidik anak2 dan menjaga mereka sepenuh masa. Nak ada bisnes sendiri yang boleh lihat anak2 membesar depan mata. Tapi dalam masa sama byk lagi impian nak itu ini. Biasalah dah kerja penat-penat sure nak reward diri sendiri. Yang penting kena bebaskan diri dari bebanan hutang. Rumah alhamdulillah dah ada cuma nak buat renovation. Lagi satu yang penting family car yang lebih selesa sebab tahun depan dah bertambah ahli keluarga. Dibawah ni adalah impian saya.. Insyaallah satu hari nanti akan tercapai cuma perlu kerja keras dari sekarang.
Impian anak lagi macam-macam. Ini antaranya.
Insyallah dengan izinNya mama akan usahakan utk realisasikan impian anak mama. Impian yang bakal dibiayai sepenuhnya dengan Shaklee.

Omega Buat Si Ibu dan Si Comel
Omegaguard & Kanak-kanak
1. Meningkatkan perkembangan memori dan otak.
2. Menguatkan ingatan dan mencegah mudah lupa.
3. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema.
4. Membantu kanak-kanak autism dan hiperaktif.
5. Meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan.
Omegaguard & Ibu Hamil
1. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
2. Membantu perkembangan memori janin.
3. DHA yang terkandung dalam Omegaguard merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina janin.
4. Bagi ibu pula, ia dapat mengawal tahap kolesterol dalam badan.
5. Membantu ibu mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi.
6. Sistem imun tubuh berada dalam keadaan baik, ibu jarang dijangkiti demam dan selsema.
Tuesday, November 11, 2014
Dah Kurus, Perlu ke Omega?
Omegaguard bukan semata-mata untuk langsing tapi banyak lagi fungsinya. Siapa kata orang yang kurus tak perlukan Omegaguard? Jawapannya PERLU. Siapa yang perlukan Omega?
a) Ibu hamil - membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan - mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang - mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran - mengawal kenaikan berat badan semasa hamil
b) ibu yang menyusukan - Omega akan menyalurkan khasiat omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta membantu perkembangan otak kanak-kanak. - sangat membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan ( ibu-ibu yang dalam pantang wajib ambik ni..nak slim kan??)
c) kanak-kanak - Omega Guard sangat membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak. - memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam,selesema, batuk, asthma dan eczema.
d) mereka yang ada masalah berat badan - Omega sangat membantu pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat berbanding lecithin. - meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu anda untuk mengawal selera makan.
e) mereka yang sering mengalami masalah kesihatan - maksudnya mereka yang kerap batuk berkahak, dan selesema yang berterusan (cubalah Omega ni pasti batuk dan selesema anda akan berkurangan) - sering mengalami sakit sendi dan ada masalah kolesterol yang tinggi - strok - ada penyakit darah tinggi
Thursday, November 6, 2014
Syukur Akan NikmatNya
Isnin lalu fikiran bercelaru. Dengan husband nak outstation pagi tu. Dengan memikirkan mana nak cari transport nak ke pejabat. Dulu boleh merempit naik motor. Now motor gantung kat rumah..Hehe..kasi dia berehat dulu.. Next year kita dating balik ye.
Dah call kawan-kawan yang ada teksi semuanya full waktu pagi. Semua dah ber'booking'. Aduhai..Try MyTeksi..hampa juga.. Sampai lah kepetang fikirkan macamana nak dapatkan transport ni.
Alhamdulillah dah nak keluar pejabat ada seorang hamba Allah yang baik hati telah sudi meminjamkan keretanya. Rasa macam tak percaya. Bukan mudah nak cari sahabat yang percayakan kita. You know who you are. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi membantu.
Moral of the story jagalah hati insan disekeliling kita. Juga jangan dilupakan kepada pemberi nikmat yang kita perolehi selama ini. Insyaallah disaat kita kekusutan ada yang datang meleraikan kekusutan itu.

Hero Kami
Dalam banyak-banyak produk Shaklee..inilah hero kami. Vivix!
Tahun lepas selepas suami saya diserang 'Acute bronchitis' saya terus beri dia Vivix berserta Carotomax, Garlic, Vit E dan Vit C. Selain dapat pulihkan sistem respiratorinya dia dapat pakej lain! Kulit lebih halus mulus serta nampak lebih muda! Ianya disedari oleh suami sahabat saya yang menegur nampak beliau lebih muda dari saya! Haha..rasa tercabar disitu ok!
Apa itu Vivix?
Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung.
Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.
Apakah kehebatan Vivix Shaklee?
a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia. Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
![]() |
Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun |
Wednesday, November 5, 2014
Respiratori (Bronkitis / Pneumonia / Asthma)
Apa Itu Pneumonia?
Jangkitan diparu-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronkitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus. Pneumonia biasanya menyerang kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan dibahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit diseluruh dunia akibat jangkitan ini.
Apa Pula Bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.
Terdapat 2 bentuk bronkitis
- Bronkitis akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
- Bronkitis kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).
- Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan bronkitis akut.
Apakah yang menyebabkan bronkitis?
Bronkitis biasanya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, bahan kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama dikalangan mereka yang merokok atau bekerja dikawasan udara tercemar. Apabila bahan2 pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan mengganggu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Bagaimana pula Asthma?
Asthma atau 'Bronkiol Asthma' bererti seseorang itu menghidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan.
Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.
Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.
SET ASTHMA KANAK-KANAK
Multitasking..Bolehkah?
Bekerja, Keluarga & Shaklee
Susah ke? Yup agak susah. Mana nak layan kerja pejabat, nak layan suami dan anak, nak layan customer lagi. Insyaallah berkat kesabaran boleh lagi mengharungi semua ni. Jangan kata anak seorang mak boleh relax. Sama je..cuma kuantiti je yang beza. Tambah seorang je kan lagi lah banyak kerenahnya. Dengan suami selalu outstation. Dengan bawak perut.
Nak kata semua tip top tu tipulah. Tapi sebelum ni life sama je. So baiklah kita usahakan sesuatu untuk memberi keselesaan pada keluarga.
Kehendak pun banyak kan? So kenalah usaha lebih betul tak?
Ada juga yang bertanya, sempat ke buat semua ni? Sapa kata tak sempat? Pandai2 lah urus masa tu. Siang bekerja. Petang atau malam COD barang kat customer. Tak pun petang berkejar pergi pos barang. Tapi alah bisa tegal biasa. Tak pun rasa penat. Yang penting keluarga tak terabai. COD biasanya dibuat bersama suami dan anak. So takde lah terabai ke apa. Hihi.. Kiranya aktiviti bersama.
Insyaallah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kita ada Allah jadi mohonlah padanya..
Ouch Jerawat!
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat
membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam
liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan
digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang
roma tersebut. Mari kita baca beberapa punca yang boleh
menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga
kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous
mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon
yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan
perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah
jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan namaÂ
Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa
ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati
pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium
acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak
berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan
oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta
secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap
insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon
terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam
tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan
jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom
jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul.
Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan
boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita
dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam
badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya
pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca
jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit
anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi
keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab
utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh
menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan
liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah
ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh
jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di
Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang
boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih
boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja
daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi
jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks
dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan
punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan
datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.
Jika anda ada masalah seperti diatas bolehla mencuba set ini. Saya amalkan set ini dan nyata ianya terbukti. Kulit lebih halus dan flawless. Bila tumbuh jerawat saya tak perlu risau kerana jerawat akan kecut dalam masa yang singkat dan juga tidak meninggalkan parut! Saya mmg jenis yang suka picit jerawat. Tapi alhamdulillah bekas2 jerawat yang degil dah pun hilang. Suami kata kulit lebih halus dan gebu. Bukan saya yang kata ya..hihi.. Saya masih amalkan hingga kini walau sedang berbadan dua. Cuma saya stopkan Vita E sahaja. Ramai yang kata muka tak nampak pucat dan lebih cerah.
Menjemput Rezeki
Alhamdulillah dengan segala kurnia yang telah Allah berikan pada kita.
Ramai yang menggangap rezeki itu hanya duit. Pada mereka duit adalah segala-galanya.
Pada yang berfikiran waras dan sentiasa mengingati Allah, rezeki itu tidak terletak pada duit semata. Tetapi rezeki itu Allah boleh beri dalam bermacam bentuk. Mungkin dalam bentuk makanan, zuriat, harta benda dan bermacam lagi.
Sebab itu pentingnya mensyukuri nikmat Allah. Walau tiada rezeki duit tapi Allah masih kurniakan rezeki dalam bentuk yang berbeza.
Kita kena ingat, jangan merungut jika kita tidak cukup duit. Bila kita merungut Allah akan tarik
sedikit demi sedikit rezeki yang telah diberi. Tetapi kita tukar rungutan itu dengan bersyukur dengan apa yang ada. InsyaAllah rezeki itu tetap ada.
Tak kurang juga yang sering lupa diri bila ada banyak duit . Lupa akan kedua ibu bapa dan orang susah. Sumbanglah sedikit kepada kedua orang tua dengan rezeki yang ada. Jangan terlalu berkira dengan orang tua. Ingatlah mereka dulu yang susah payah menjaga kita dan membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan kita. Orang tua tak mintak banyak. Kita berilah walaupun sedikit tanda kita mengingati mereka. InsyaAllah jika kita berkongsi rezeki itu tak akan berkurang. Malah berlebih lagi.
Rezeki perlu dikongsi. Tak berkurang pun kalau sedekah. Tak akan habis pun beras seguni kalau bagi secupak. InsyaAllah dengan pemberian kita itu Allah akan beri ganjaran yang lebih besar.
Ingat.. Allah boleh tarik rezeki kita tu bila-bila masa saja. Sentiasa bersyukur dan tidak merungut adalah kunci utama dalam memiliki rezeki yang mulia dari Allah. InsyaAllah...
Tuesday, November 4, 2014
Sakitnya Sendi!
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
Punca Sakit Sendi
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan
- Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
- Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
- Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
- Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Tips penjagaan kesihatan sendi
- Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
- Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
- Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :
- Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
- Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
- Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
- Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
- Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi
Set Kesihatan Sendi Shaklee
Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplement iaitu, Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan OsteMatrix.
Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
- Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
- Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
- OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!
Where Am I?
Dimana saya? Saya masih disini. Masih meneruskan tugas hakiki sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu. Juga sebagai Shaklee Independent Distributor. :)
Jika berminat untuk mengetahui tentang produk Shaklee yang owesome ini jangan malu2 untuk hubungi saya di:
Jika berminat untuk mengetahui tentang produk Shaklee yang owesome ini jangan malu2 untuk hubungi saya di:
Aida - 0172126698 / aidahisham@gmail.com
Promosi Bulan Ini
Omega Guard Shaklee
Omega Guard adalah minyak ikan terbaik yang ramai tak tahu kelebihannya. Walaupun nampak macam sama dengan jenama lain, tetapi Omega Guard sangat berbeza.
7 Beza Omega Guard dengan produk lain adalah:
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Perbezaan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain.
Jadi mana satu pilihan anda?
Promo berganda bulan ni Omega Guard ada buy 6 Free 1 dan Twin pack. Untuk twin pack promo anda akan dapat diskaun sebanyak 5% dari harga semasa.
Yang dah jatuh cinta dgn omega guard shaklee jangan la lepaskan peluang ini ya!
Hello November
Sejak sekian lama nak mulakan akhirnya hari ini baru berkesempatan menceburkan diri utk menulis. Sebelum ni saya ada satu lagi blog dimana blog tersebut dikhaskan untuk perniagaan kecil saya iaitu menjual barang2 penyusuan & keperluan bayi. Blog tersebut juga telah saya aktifkan semula. Jadi pada para ibu dan juga bakal2 ibu yang sedang mencari keperluan penyusuan susuibu boleh dapatkan di :
www.gugugagababy.blogspot.com
www.facebook.com/GuguGagaBaby
www.instagram.com/gugugagababy
Pejam celik pejam celik kita dah pun berada dibulan November 2014. Hanya sebulan ++ saja lagi kita berada di tahun 2014. Tahun yang penuh warna-warni. Alhamdulillah segala yang berlaku menjadikan diri saya lebih matang dalam melakukan sesuatu. Walau sekuat mana diuji saya masih disini, masih meneruskan kehidupan dan satu yang buat saya kuat adalah insan2 tersayang disekeliling saya. Banyak yang ingin saya kongsikan disini.. Seronok sebenarnya dapat bantu insan2 sekeliling untuk lebih sihat. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan Shaklee. Shaklee banyak merubah kehidupan kami sekeluarga. Nanti akan saya kongsikan satu persatu ya.

Subscribe to:
Posts (Atom)