Cerita ni dah agak basi sebab saya pun dah 21 weeks minggu ni. Tapi minggu ni saya rasa nak bercerita tentang ini. Memang ramai yang tak tahu saya preggy kali ni kecuali teman2 rapat. Sepupu sepapat pun masih belum tahu. Bukan niat nak menyembunyikan tapi saja nak suprise. Hehe..
Sebenarnya saya dah usaha macam-macam sebelum ini. Urut, jumpa pakar dan sebagainya..tapi mungkin masa itu rezeki belum berpihak pada kami. Saya cuba set slimming Shaklee untuk turunkan berat badan. Ada orang kata kalau badan berisi susah nak lekat. So saya amalkan Omegaguard, Lecithin dan Alfalfa. Konsisten beberapa bulan saya dapat turunkan 8kg. Semasa promo ESP pada bulan April yang lalu saya mula mengambil ESP dan GLA Complex. Selepas mulakan ESP dan GLA Complex saya ada terbaca satu artikel tentang Vita E Complex boleh menurunkan paras hormon prolaktin dalam badan.
Sebelum preggy anak pertama saya pernah mencuba selama 1 tahun 10 bulan sebelum saya disahkan mengandung. Sebelum itu saya kerap berjumpa pakar untuk mengambil hormon kesuburan. Masa tu doktor pakar mengambil darah saya kerana walaupun dah mengambil pil kesuburan saya tetap belum mengandung. Selepas result darah keluar doktor mengesahkan saya mengalami hormon prolaktin yang tinggi dalam badan yang membuatkan saya susah nak mengandung.
Selepas itu doktor memberi saya Bromocriptin untuk menurunkan paras hormon proklaktin. Selepas itu baru saya mengandung. Alhamdulillah.. Saya ingatkan hormon tu dah stabil tapi selepas saya melahirkan anak, saya cuba untuk mengandung lagi tapi tak berjaya. Saya jumpa semula pakar dan mengambil semula Bromocriptin tapi badan saya tak boleh terima. Saya kena mabuk yang teruk sampai saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil Bromocriptin.
Sehinggalah saya berkenalan dengan Shaklee. Saya terus jatuh cinta dengan produk-produknya. Selepas saya baca artikel tentang Vita E Complex yang berfungsi sama seperti Bromocriptin saya terus mencuba. Alhamdulillah setelah 6 1/2 tahun mencuba saya berjaya hamil.
Nak tahu cara makan untuk yang tinggi hormon prolaktin boleh hubungi saya di :
Whatsapp / SMS - 0172126698
Email - aidahisham@gmail.com
Ini result UPT pertama pada 31 Jul 2014
Menggigil tak tau nak rasa apa. Nak kata happy tak la sampai tahap nak melompat tapi more to tak percaya! Rezeki Syawal sungguh. Alhamdulillah..
Ini result subuh Jumaat 1 August 2014. Test kedua dibuat sebab masih kurang percaya sebab line ke dua agak kabur. :)
Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk saya hamil lagi. Anak sulung adalah insan yang paling gembira kerana pada Ramadhan lalu dia asik sebut nak berdoa semoga dia dikurniakan adik. Hari-hari dia mengingatkan kami suami isteri suruh berdoa setiap kali lepas solat. Siap tanya babysitter dia tentang doa pada bulan Ramadhan Allah akan kabulkan cepat kan?
Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami sekeluarga. Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin..
Kita hanya berusaha dan berikhtiar.. segalanya ditentukan oleh Allah swt..






No comments:
Post a Comment