Shaklee

Shaklee

Thursday, November 6, 2014

Syukur Akan NikmatNya

Isnin lalu fikiran bercelaru. Dengan husband nak outstation pagi tu. Dengan memikirkan mana nak cari transport nak ke pejabat. Dulu boleh merempit naik motor. Now motor gantung kat rumah..Hehe..kasi dia berehat dulu.. Next year kita dating balik ye.

Dah call kawan-kawan yang ada teksi semuanya full waktu pagi. Semua dah ber'booking'. Aduhai..Try MyTeksi..hampa juga.. Sampai lah kepetang fikirkan macamana nak dapatkan transport ni. 

Alhamdulillah dah nak keluar pejabat ada seorang hamba Allah yang baik hati telah sudi meminjamkan keretanya. Rasa macam tak percaya. Bukan mudah nak cari sahabat yang percayakan kita. You know who you are. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi membantu. 

Moral of the story jagalah hati insan disekeliling kita. Juga jangan dilupakan kepada pemberi nikmat yang kita perolehi selama ini. Insyaallah disaat kita kekusutan ada yang datang meleraikan kekusutan itu.


No comments:

Post a Comment