Apa Itu Pneumonia?
Jangkitan diparu-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronkitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus. Pneumonia biasanya menyerang kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan dibahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit diseluruh dunia akibat jangkitan ini.
Apa Pula Bronkitis?
Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.
Terdapat 2 bentuk bronkitis
- Bronkitis akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
- Bronkitis kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).
- Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan bronkitis akut.
Apakah yang menyebabkan bronkitis?
Bronkitis biasanya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, bahan kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama dikalangan mereka yang merokok atau bekerja dikawasan udara tercemar. Apabila bahan2 pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan mengganggu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Bagaimana pula Asthma?
Asthma atau 'Bronkiol Asthma' bererti seseorang itu menghidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan.
Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.
Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.
SET ASTHMA KANAK-KANAK

No comments:
Post a Comment