Shaklee

Shaklee

Monday, August 3, 2015

Back on Track

Assalamualaikum,

Lamanya bersawang blog ni. Dari awal tahun hingga kini baru ada kesempatan nak update. Konon masa berpantang nak update macam-macam nak share macam-macam tp semuanya hanya tinggal angan-angan saja. Ohh ya saya dah selamat bersalin anak kedua (baby boy) pada 18 Mac 2015 yang lalu secara normal. Alhamdulillah impian saya untuk menyusukan anak juga dipermudahkan oleh Allah swt.

Saya berjaya menyusukan bayi dalam tempoh kurang sejam sejurus beliau dilahirkan dan juga saya bersyukur kerana beliau seorang bayi yang bijak kerana terus pandai latch on tanpa perlu diajar. Syukur Alhamdulillah!


 Ni dia sipejuang yang kuat dan juga Baby Shaklee kerana sejak sebelum mengandungkannya saya dah mula amalkan Shaklee.

Kenapa saya menggelarkan dia sebagai sipejuang? Kerana sebelum dia dilahirkan dua kali saya mengalami pendarahan. Dia juga dilahirkan borderline premature. Air ketuban pecah di minggu ke 36! Tapi alhamdulillah dia dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. Ok next entry saya akan ceritakan kisah berpantang dengan Shaklee. Memang awesome!
 

No comments:

Post a Comment