Shaklee

Shaklee

Wednesday, December 17, 2014

Rawat Buasir dengan Shaklee

Apa Itu Buasir?

Buasir atau hemoroid adalah sejenis penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di luar dubur. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan dari tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan pengembangan salur darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Pada kebiasaannya buasir terjadi selepas mencapai umur 50 tahun. Namun, ada juga di antara kita yang mengalami masalah buasir di usia muda. Dan buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu hamil disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu mereka menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

Terdapat 4 peringkat menggambarkan tahap keseriusan penyakit tersebut.

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

Tahap 4
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor dan Penyebab Buasir
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit
  • Cirit-cirit yang kronik
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian
  • Mengandung atau bersalin
Simptom-simptom Buasir
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut
  • Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar
  • Darah menitis dan tersembur dari saluran dubur
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara kurang sakit tetapi ada rasa gatal
Cadangan Supplement Shaklee untuk Merawat Buasir

1. Ostematrix
Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2. Omega Guard
Baik untuk sendi / otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3. Zinc Complex
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


No comments:

Post a Comment